30 November 2007

Hahaha....

Hahaha.... aku telah berjaya menipu diri aku sendiri. Hari ni dah 30 november dan ini merupakan posting aku yg ke-2. Tapi ni semua bukan salah aku sebab:-
  1. aku memang terlupa
  2. aku mudah terlupa
  3. aku senang terlupa
  4. aku orang melayu (melayu mudah lupa)....
Tadi aku pegi makan kat SDS sebab dah lame tak makan kat sane. aku makan dengan emak aku. emak aku datang bandar sebab nak bayar duit api dgn air. aku order nasi goreng sambal, deep chicken nugget blablabla(aku x ingat nama dia) n milo ais. mak aku plak mee sup seafood dgn teh 'O'. time tunggu order tu, ada sorang awek (agak cun) yg keje situ tu asyik pandang aku. "pehal pulak minah ni pandang aku" bertanya aku kepada diri sendiri. "adakah sebab aku pakai kasual sangat bagi seseorang yg bekerja di pejabat?" sambung ku lagi. "tapi mane dia tau aku keje pejabat." time makan pun dia still ngusha2 aku lagi. lepas makan aku suruh orang tu kire. lepas pelayan tu tunjuk resit kat aku, mak aku pun sekonyong2 bertanye. "berape?" "28", jwp aku sekilas tu jugak. "mahalnye...." mak aku aku cakap. dan aku hanya mampu bercakap "tu la pasal..." bagi aku yg berpendapatan rendah, harga tu agak tinggi untuk dibandingkan dgn ape yg aku n mak aku makan. lepas abih bayar je aku plak yg ngusha awek tu tp dia dah tak pandang aku lagi. perghh.. tu mesti diorang punye service sekali. tu pasal jadik mahal. aku plak lupe nak tengok resit tu berape harge servis awek ngusha kat aku. haram betulla.... seb baik aku tak terperasaan dan berkata kpd awek tu "Hai, nama saya Rain...." Haram..... Boleh ke aku mengadu kat Jabatan Pendaftaran Negara kerana aku telah ditipu. Pasal servis tu aku tak mintak pun. Sungguh haram rasenye.....