29 January 2008

04 December 2007

Kelly Osbourne: Turning Japanese


Aku tau kat luar sana mesti ramai yang Japanese freak kan? Hahaha.. tak payah berselindung. Aku boleh hidu. Hehehe. Aku suka manga dia je. Tak kire. Hehehe.. (ego) Tadi aku baru lepas tengok Kelly Osbourne: Turning Japanese. Aku tak tau sangat pasal Jepun kecuali dari apa yang aku baca kat manga tu. Mungkin kerana sifat inkuiri aku yang tinggi (ces...) aku usha kejap. Best plak. Terus melekat sejam tengok episode ni. Cite dia pasal Kelly Osbourne ni (mengaku peminat Japanese culture) pegi Jepun untuk hidup kat sana selama 5 minggu. Tapi bukan hidup bodo camtu je. Dia kene buat keje2 yang telah diaturkan oleh tuan direktor. Macam kene jadik waiter, belajar jadi samurai dan jadi pelayan "Love Hotel".

Pelayan cafe geek

Aku baru tengok episode pertama jek. Tapi nmpk cam best. Kalo yang ada astro, program ni di cenel Travel & Living. Waktu pukul 10 mlm hari selasa. Siapa yang mak bapak dia suka tengok wrestling. Harapan la nak tengok. Bagi yang tiada astro boleh pegi kedai mamak 24 jam yang berhampiran. Tapi ada wrestling gak. Harapan nipis sket la. Lepas aku tengok episode 1st ni, aku boleh buat kesimpulan
  1. Kat Jepun banyak geek/nerd/skema tiang
  2. Displin dan etika sopan santun amat penting
  3. Psiko mesia (bukan psiko jepun)
  4. Kebanyakkan lelaki Jepun adalah open pervert
Nombor 3 tu pasal ada Love Hotel memang untuk seks je. Love Hotel tu dah satu hal. Pastu boleh buat pinjam alat-alat seks mcm perpustakaan tapi hanya boleh untuk digunakan dalam bilik hotel je la. Shibaiiii... lahanat apakah itu? Keyboard aku yang shilake ni mematikan mood aku nak buat preview dgn lebih mendalam. Bagi sesape nak download episode ni, link ada kat bawah. Aku dah lupe aku sebat kat mane link. Tapi setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada penyedekah link ini.

03 December 2007

28 Minggu Kemudian


Semalam aku tengok cite "28 minggu kemudian" atau dalam omputehnya "28 weeks later". Aku memang dah lame nak tengok cite ni. Dari time dok kat U lagi tapi kawan aku cakap tak best. Memandangkan aku ni jenis orang yang selagi tak nampak tak caye, aku nak tengok gak tapi semalam malam baru berkesempatan. Lagi aku ade tengok yang previous-nye movie ni. "28 days later".


"Huhh??!!.."

"Warghhh!!!

Start cite je nampak cam tak best pasal dalam gelap2 diorang men masak2. Pastu baru masuk scene lepas sorang budak ketuk2 pintu rumah diorang yang diorang dah papankan tu. Perghh.... terkejut haram aku bila zombie tu cam orang gile pecah masuk rumah orang tu. Nak cakap zombie tak juga la. Pasal orang2 tu kene virus amuk dari binatang. So tak boleh dikira zombie la. Tapi memang cam real la diorang buat movie. Lokasi di London yang haram sesak tu, diorang boleh kosongkan tempat tu. Tak ke haram namenye tu. Pastu alatan diorang memang real la. Dari helikopter sampai le ke stesen LRT. Kalo tengok memang rase London tu betul kene serang ngan virus ni.

Aku memang suke cite jenis cam ni. Horror + suspense.. Tapi yang kurangnye ialah tak macam previous sequel "28 days later", movie ni kureng sket aksi "horror"-nye. Dan banyak aksi dalam gelap. Ditegaskan sekali lagi, bukan "aksi dalam gelap" tapi aksi dalam gelap. Tapi macam manapun movie ni tetap ok. Aku bagi 4.0189/5. Hohohoho...

30 November 2007

Hahaha....

Hahaha.... aku telah berjaya menipu diri aku sendiri. Hari ni dah 30 november dan ini merupakan posting aku yg ke-2. Tapi ni semua bukan salah aku sebab:-
  1. aku memang terlupa
  2. aku mudah terlupa
  3. aku senang terlupa
  4. aku orang melayu (melayu mudah lupa)....
Tadi aku pegi makan kat SDS sebab dah lame tak makan kat sane. aku makan dengan emak aku. emak aku datang bandar sebab nak bayar duit api dgn air. aku order nasi goreng sambal, deep chicken nugget blablabla(aku x ingat nama dia) n milo ais. mak aku plak mee sup seafood dgn teh 'O'. time tunggu order tu, ada sorang awek (agak cun) yg keje situ tu asyik pandang aku. "pehal pulak minah ni pandang aku" bertanya aku kepada diri sendiri. "adakah sebab aku pakai kasual sangat bagi seseorang yg bekerja di pejabat?" sambung ku lagi. "tapi mane dia tau aku keje pejabat." time makan pun dia still ngusha2 aku lagi. lepas makan aku suruh orang tu kire. lepas pelayan tu tunjuk resit kat aku, mak aku pun sekonyong2 bertanye. "berape?" "28", jwp aku sekilas tu jugak. "mahalnye...." mak aku aku cakap. dan aku hanya mampu bercakap "tu la pasal..." bagi aku yg berpendapatan rendah, harga tu agak tinggi untuk dibandingkan dgn ape yg aku n mak aku makan. lepas abih bayar je aku plak yg ngusha awek tu tp dia dah tak pandang aku lagi. perghh.. tu mesti diorang punye service sekali. tu pasal jadik mahal. aku plak lupe nak tengok resit tu berape harge servis awek ngusha kat aku. haram betulla.... seb baik aku tak terperasaan dan berkata kpd awek tu "Hai, nama saya Rain...." Haram..... Boleh ke aku mengadu kat Jabatan Pendaftaran Negara kerana aku telah ditipu. Pasal servis tu aku tak mintak pun. Sungguh haram rasenye.....

17 September 2007

My First Posting

x tau nak tulis pe tapi aku akn berusaha update stp hari... em... koman2 seminggu sekali la... heh.. x tau pe tujuan aku bukak blog ni or pe dia punye theme... mungkin aku dah biol sket kot hari ni. pose katakan.  otak pun jadi len. hehehe...